Nota : Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap kesahihan info yang dipaparkan. Sila hubungi no telefon/e-mel yang diberi untuk kepastian. Bagi anda yang ingin berkongsi peluang bersedeqah jariah di blog ini, sila e-melkan maklumat ke armouris@gmail.com.

Info di blog ini boleh disebarkan tanpa mendapat keizinan. Lihat senarai penuh mengikut kategori di sini.

Sunday, December 21, 2008

Surau al-Ikhlas, Sg. Lalang, Kedah

SUNGAI LALANG - Usaha penduduk Taman Zon Mawar Amanjaya di sini, bermuafakat membina Surau al-Ikhlas taman berkenaan sebagai langkah murni kerana tidak mengharapkan bantuan daripada mana-mana pihak.

Exco Perumahan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul berkata, usaha murni penduduk itu perlu dicontohi masyarakat lain demi mewujudkan komuniti berdikari.

Menurutnya, semangat penduduk yang mengumpul dana dalam kalangan mereka untuk membina surau itu perlu diberikan pujian kerana selama ini penghuni Taman Zon Mawar Amanjaya Fasa 6 dan Fasa 7 tidak mempunyai kemudahan itu.

"Saya difahamkan penduduk taman ini mengumpul dana di kalangan mereka untuk membina surau ini bagi memberikan kemudahan kepada penduduk sekitar yang dipercayai mempunyai hampir 2,500 kariah yang akan menggunakannya," katanya ketika melawat pembinaan surau itu.

Hadir sama, Ahli Parlimen Merbok, Datuk Rashid Din dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau, V. Arumugam.

Sementara itu, Bendahari Penaja Surau al-Ikhlas, Ridzuan Abdullah berkata, beliau dan beberapa jawatankuasa lain turut memohon derma serta sumbangan bagi menambah dana pembinaan surau berkenaan.

Bagaimanapun, Mohamed Taulan menyarankan agar Ridzuan mendapatkan kebenaran daripada Pejabat Agama Islam terlebih dahulu sebelum memohon sebarang derma serta sumbangan daripada masyarakat.

Menurut Ridzuan, hasil sumbangan penduduk taman itu dan orang ramai, Surau al-Ikhlas telah dibina hampir 40 peratus serta memerlukan hampir RM500,000 bagi menyiapkannya yang dilakukan secara gotong-royong.

"Saya akan menerima cadangan Mohamed Taulan di atas usul beliau untuk menyempurnakan pembinaan surau ini dengan kelengkapan yang memuaskan," katanya.

Justeru, katanya, kepada sesiapa berminat memberikan sumbangan kepada penduduk Taman Zon Mawar Amanjaya boleh menghubungi Ridzuan di talian 019-4815441 ataupun menghubungi Pengerusi Surau al-Ikhlas, Noor Akmar Arais di talian 012-4628359.

Sumber : Sinar Harian - Kariah dana siap surau

Thursday, December 18, 2008

Masjid al-Ehsan, Kg. Bandar, Kedah

KAMPUNG BANDAR – Penduduk di sini mengambil inisiatif mengumpul duit untuk menyiapkan pembinaan masjid bagi memudahkan mereka menunaikan ibadat solat dan melaksanakan aktiviti keagamaan.

Masjid al-Ehsan itu mula dibina pertengahan tahun 2000 bagi kegunaan penduduk dari lapan kampung iaitu Kampung Bandar, Tembak, Kelian Dalam, Sri Kemunting, Kota, Chenerai, Lalang Rimau dan Charok Sotong.

Menurut Imam Masjid, Ismail Zawawi Ahmad Kemeri, dia dan ahli jawatankuasa masjid bersepakat menetapkan kutipan setiap bulan sebanyak RM5 isi rumah di bawah kariah itu.

"Masjid ini memerlukan peruntukan kira-kira RM1.3 juta dengan penyediaan peralatan yang lengkap seperti almari, sejadah, al-Quran dan sebagainya. Bagaimanapun, masjid ini sudah siap 90% dan selebihnya masih lagi dalam pembikinan serta dijangka siap sepenuhnya tahun ini," katanya kepada Sinar Harian di sini.

Menurut Ismail Zawawi, masjid itu tidak pernah mendapat bantuan daripada mana-mana pihak atasan.

"Saya bersama ahli jawatankuasa masjid ini sudah banyak kali meminta peruntukan untuk pembinaan masjid ini. Namun, tiada keputusan diterima seolah-olah mereka tidak mahu memberikan kelulusan kerana disebabkan politik," katanya.

Beliau berkata, sebelum pilihan raya umum lalu semua pihak berjanji akan memberikan peruntukan untuk menyiapkan pembinaan masjid itu kerana untuk kepentingan orang awam.

Bagaimanapun, selepas pilihan raya masing-masing berdiam diri menyebabkan penduduk kecewa kerana pihak berkenaan seolah-olah mempermainkan mereka demi kepentingan diri dalam politik.

Ismail Zawawi kata, mereka bernasib baik kerana ada kontraktor di Baling yang bermurah hati membantu membina masjid itu dengan meminjamkan wangnya.

"Kita membayar secara ansuran kepada kontraktor berkenaan hasil daripada kutipan penduduk. Setakat ini, kita masih lagi berhutang sebanyak RM400,000 bagi menyelesaikan perbelanjaan pembinaan masjid ini.

"Bagi mereka yang hendak menghulurkan bantuan boleh memasukkan sumbangan mereka ke akaun Bank Islam nombor 0204 8010 0091 21 atau menghubungi saya di talian 019-4149837 atau Setiausaha masjid, Yahya Awang Kechik di talian 019-5452135,” katanya.

Sumber : Sinar Harian - Kariah kumpul wang bina masjid

Tuesday, December 9, 2008

Masjid dan Kompleks Balai Islam, Teluk Intan, Perak

Pihak Jawatankuasa Pembinaan Pembinaan Masjid KM4, Sri Taman Cicely, Jalan Changkat Jong, Teluk Intan merayu kepada orang ramai agar dapat memberi sumbangan berupa wang derma, sedekah, wakaf, dan zakat untuk pembinaan masjid tersebut.

Lokasi tapak masjid tersebut ialah di Jalan Changkat Jong, bersebelahan SK Perwira dan Hospital Teluk Intan di atas tanah seluas 5.4 ekar. Anggaran kos pembinaan masjid ialah RM19.6 juta.

Menurut Setiausaha Jawatankuasa, saudara Haruddin Imam Turmudi, pihak Jabatan Agama Islam Negeri Perak telah meluluskan cadangan pembinaan masjid dan kompleks balai Islam di dalam fail JAIP/BPM/10/Jld.2 bil (48) bertarikh 22 Mac 2007.

Pihak jawatankuasa juga telah mendapat kebenaran dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak untuk memungut wang bagi tujuan tersebut dalam fail MAIAMP/05-PD/0066-M. Di samping itu, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri juga telah meluluskan pelepasan cukai bagi setiap penderma pembinaan masjid ini.

Surat kelulusan Jabatan Agama Islam Perak (JAIP)

Surat kebenaran memungut derma oleh JAIP

Surat kelulusan pelepasan cukai

Menurut beliau lagi, sudah sekian lama penduduk Taman Cicely, Batu 4 dan kawasan sekitarnya menggunakan Surau Hidayatul Islamiyah Taman Cicely sebagai tempat mendirikan solat Jumaat yang saban tahun semakin sesak akibat pembinaan lebih banyak projek perumahan. Kini sudah tiba masanya, penduduk di kariah ini mendapat tempat ibadat yang selesa dengan pelbagai kemudahan apabila terbinanya masjid dan kompleks balai Islam nanti.

Surau Hidayatul Islamiyyah, Taman Cicely

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru orang ramai berlumba-lumba mencari kebajikan dengan menghulurkan sumbangan derma, zakat atau wakaf bagi pembinaan masjid dan kompleks balai Islam yang diharapkan bermula pada tahun 2009. Segala sumbangan atau pertanyaan boleh hubungi :

05-6224872/019-3309114 - Pengerusi (Tn. Hj. Hasan Idar)
05-6223487/012-4642669 - Setiausaha (Sdr. Haruddin Imam Turmudi)

atau terus disalurkan sumbangan ke akaun BIMB, no akaun 08031010036467.

Sumber : intanhijau.blogspot.com,
harakahdaily.net

Saturday, December 6, 2008

Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM)

Pusat Perlindungan PERNIM ditubuhkan pada 26 Mei 2006.

PERNIM merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berperanan membela nasib anak-anak pesakit HIV/AIDS terutama anak-anak yang terbiar apabila ibu bapa mereka telah meninggal dunia akibat AIDS dan anak-anak yang tiada waris yang mahu bertanggungjawab apabila mengetahui anak yang bakal mereka pelihara merupakan pembawa HIV positif.

PERNIM bertanggungjawab memberikan perlindungan kepada mereka, menguruskan rawatan yang berterusan di hospital dan klinik kerajaan, memberikan pendidikan dan asas keagamaan dan sebagainya.

PERNIM yang diasaskan oleh Pn. Norlina Alawi (gambar) dicetuskan atas dasar kesedaran dan keinsafan terhadap anak-anak mangsa HIV yang tidak berdosa akibat perbuatan silam ibu dan bapa kandung mereka. Kanak-kanak ini memerlukan perlindungan daripada masyarakat.

Tabung Perlindungan PERNIM

Masalah kewangan merupakan masalah utama yang dihadapi oleh Puan Norlina bagi membiayai sebuah keluarga besar yang terdiri dari 40 -50 orang anak (termasuk anak kandung), 2 pembantu dan 3 orang gadis mengandung luar nikah sudah pasti memerlukan perbelanjaan yang besar untuk membiayai tambang bas, pembelian buku latihan, perbelanjaan harian, yuran kelas tambahan, perubatan dan pembelian uniform, sewa rumah, perbelanjaan pejabat PERNIM, bil telefon, elektrik, air, pengasuh, dan makanan semuanya perlu dijelaskan serta disediakan oleh beliau setiap bulan.

Bagi merealisasikan impian ini Pn Norlina telah berusaha untuk mendirikan bangunan yang sempurna bagi anak-anak ini. Pn Norlina telah melancarkan TABUNG PERLINDUNGAN PERNIM yang mana anggaran keperluan sebanyak RM1.2 juta diperlukan bagi menyediakan prasarana yang lengkap bagi anak-anak ini.

Marilah kita sama-sama membantu PERNIM mencapai dana untuk menubuhkan Pusat Jagaan dan Perlindungan yang baru.

Fakta PERNIM

Alamat : Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM), Lot 46 Jalan 47, Bukit C, Kg Cheras Baru, 56100 Kuala Lumpur
No. Pendaftaran : 0423-04-5
Tel : 03-42950775, 017-8860208
Fax : 03-42951079
E-mel : norlina_pernim@yahoo.com

No Akaun : 2-14013-6000-3173 (RHB Bank)
Nama Akaun : Pusat Perlindungan PERNIM


Cek atau wang pos atas nama PUSAT PERLINDUNGAN PERNIM.

Maklumat lanjut : http://www.pernim.com

Sunday, November 30, 2008

Kijang Care

Kijang Care ditubuhkan bagi mengumpul dan menguruskan sumbangan bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Malaysia yang memerlukannya tanpa mengira bangsa, kaum, ideologi serta agama.

Matlamat utama Kijang Care adalah untuk memberikan khidmat serta bantuan kepada golongan kurang upaya, miskin dan memerlukan. Kami berharap sumbangan serta bantuan yang diberikan akan dapat mengurangkan bebanan, meringankan penderitaan serta memberikan keriangan kepada masyarakat yang kurang bernasib baik.

Hasrat murni ini akan dapat dicapai menerusi sumbangan ikhlas dalam bentuk wang tunai atau apa jua bentuk sumbangan, sokongan dan bantuan daripada mereka yang prihatin.

Kijang Care akan menyalurkan apa jua bentuk sumbangan yang diterima dari penderma kepada golongan yang memerlukan dengan penuh komitmen agar matlamat utama dan hasrat murni Kijang Care akan terlaksana.

Fakta Kijang Care

Alamat :
Kijang Care Organization, Lot 296, Seksyen 22, Jalan Kota Darul Naim, 15050,Kota Bharu, Kelantan.

Hubungi :
Zaidi Hj. Abdullah (09-7446800) atau hubungi sukarelawan Kijang Care di sini.

No Akaun : 5122-4060-0597 (Maybank)
Nama Akaun : Kijang Care


Rujukan : http://www.kijangcare.org