Sehingga Oktober 2008, sebanyak RM22,587 telah diserahkan kepada Mufti Volgograd, Hadrat Ilyas. Derma telah diserahkan oleh saudara Afham kepada mufti (gambar).-----------------------------------------
Artikel asal :
Volgograd ialah sebuah bandar yang terletak di tebing Sungai Volga di tengah-tengah Volgograd Region. Diasaskan pada 1589 sebagai Tsaritsyn dan kemudiannya ditukar nama di kepada Stalingrad pada 1925 dan akhirnya pada 1961 nama bandar ini ditukar lagi kepada Volgograd dan kekal sehingga sekarang.Komuniti Islam di Volgograd

Muslim asal Volgograd kebanyakannya adalah berketurunan etnik Tatar,Tajik,Chechen dan etnik-etnik lain. Majoriti mereka adalah Ahli Sunnah wal Jamaah dan mengikuti mazhab Hanafi.Walaupun mengalami tekanan yang hebat pada zaman pemerintahan kerajaan komunis yang atheis, kebanyakan Muslim tetap dengan agama Islam dan mempelajarinya secara sembunyi.
Sekarang Islam adalah antara agama yang paling pesat berkembang di Volgograd, baik dari jumlah penganut baru ataupun warga muda berketurunan Islam asal yang berjinak-jinak kembali kepada Islam selepas dibasuh dengan atheism. Hasilnya, masjid yang digunakan sekarang (3 tingkat) amat sesak setiap kali solat Jumaat dan solat Hari Raya.
Oleh kerana itu, cadangan Mufti Volgograd sekarang, Hadrat Ilyas untuk membina masjid baru di Kirovsky District adalah relevan untuk menampung perkembangan umat Islam di sini dan juga kehadiran Muslim dari negara lain yang bekerja dan belajar di Volgograd.
Pelan dan Struktur

Pusat Islam Kirovsky yang sedang dibina ini merupakan sebuah bangunan 3 tingkat yang apabila disiapkan dapat menampung 500-1000 jemaah pada satu-satu masa.Tingkat 1 merupakan ruang ibadat muslimin manakala tingkat 2 adalah untuk muslimat. Tingkat 2 ini akan dibina sebagai sebuah balkoni, di mana jemaah wanita dapat menyaksikan imam secara terus.
Tingkat 3 pula akan berfungsi sebagai asrama. Di sini akan ditempatkan bilik-bilik penginapan, dapur dan sebagainya. Musafir-musafir yang bakal singgah di masjid ini boleh menjadikan tingkat 3 ini sebagai tempat penginapan sementara mereka.
Sebuah menara setinggi 24 meter juga akan dibina untuk memudahkan masjid ini di kenal pasti, terutamanya oleh mereka yang berminat dengan Islam.
Diharapkan dengan pembinaan pusat Islam ini agama Islam akan tersebar luas ke seluruh Volgorad dan tidak mustahil ke serata Russia.
Fakta Ringkas
* Pembinaan ini diluluskan oleh kerajaan Russia tetapi tidak mendapat apa-apa peruntukan yang tetap dari mana-mana pihak, termasuk kerajaan sendiri
* Anggaran kos pembinaan masjid ini ialah 15 juta Rubel bersamaan hampir RM2 juta (RM1 bersamaan lebih kurang 7.5 Rubel)
* Kerja-kerja pembinaan masjid ini berkadar terus dengan wang yang dikutip. Sekiranya wang terkumpul pada sesuatu masa tidak dapat menampung progres pembinaan,kemungkinan besar projek ini akan dihentikan
* Jumlah yang terkumpul sudah mencecah 2 juta Rubel, namun hakikatnya jumlah ini hanyalah 13% daripada kos keseluruhan. Sebanyak 1.5 juta Rubel sudah digunakan untuk pelan dan tapak.
Sumbangan boleh diwakilkan kepada :
Badan Penggerak Khas Tabung Kirovsky
Afham Naqiuddin Bin Osman
Akaun No : 1530-1017-0580 (MAYBANK)
Alamat di Malaysia : Lot 1203 Lrg Pakatan, Kg. Guchil Bayam, 15200 Kota Bharu, Kelantan.
No telefon : 09-7646155 (Malaysia), +79275479976 (Rusia)
E-mel : musliminvolgograd@gmail.com
Sumber : Muslim in Volgograd

0 comments:
Post a Comment